Lawatan Delegasi Sri Lanka

Pada 4 Mei 2016, seramai 25 orang Pengetua Sri Lanka telah berkunjung ke IPGKIK untuk mengetahui sistem latihan guru dan contoh amalan P&P khususnya kemahiran berfikir aras tinggi.  Delegasi ini diketuai oleh 5 orang Konsultan dari Multiple Intelligence International, Thailand.  Selepas taklimat korporat IPGKIK, mereka dibawa ke Bilik Kemahiran Berfikir dan Galeri Tan Sri Rafie Mahat.