Selaraskan Aktiviti Program Khas Sekolah Nukleus Tingkatkan Perancangan 2017

13 OKT 2016 – IPGKIK  telah melakukan penyelarasan terhadap Program Khas Sekolah Nukleus PKKB.  Penyelarasan ini dilakukan dalam satu perbincangan antara Guru Besar, Penyelaras Pogram KBAT SK Cochrane Perkasa, SK Sg Lui ,PPD,  JPWPKL dan AJK PKKB.

IPGKIK turut  melapor aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2016 serta membincangkan perancangan aktiviti tahun 2017,  isu dan cabaran yang dihadapi dalam menjana KBAT.

Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah IPGKIK Dr Norherani Moning.   PKKB IPGKIK turut menyumbangkan bahan PdP KBAT kepada kedua-dua Sekolah Nukleus.