aktiviti
PKKB IPGKIK Bantu Komuniti Sekolah Mantapkan KBAT
IPGKIK terus giat melaksanakan Program KBAT dalam Pengajaran dan Pemudahcara(PdPc) di sekolah. Program ini bertujuan memantapkan kemahiran guru mengaplikasi KBAT dalam kelas bagi subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sekolah menengah dan rendah bagi daerah Kuala Langat.
Walaupun kursus KBAT kerap dikendalikan oleh pelbagai pihak kepada guru-guru namun IPGKIK sebagai pusat PKKB terus memainkan peranan berkongsi pengalamanan dan kepakaran. Program diadakan di PPD Kuala Langat dengan tajuk Program Pembudayaan KBAT Komuniti Akademik.
Penganjur juga mendapati Laporan Kursus ini sangat memuaskan dengan cadangan kursus ini dijalankan secara bersiri! Sementara itu kepada sekolah yang perlu bantuan latihan KBAT, Sila hubungi 03 – 91318160 PKKB IPGKIK.
LENSA KEM SMART NUKLEUS
5 APRIL – Kem Smart Nukleus melibatkan 49 murid Sekolah Nukleus di bawah program Juru Latih Muda IPGKIK. Dalam kem ini, murid-murid Sekolah Kebangsaan Sg Lui dan Sekolah Kebangsaan Cochrane diberi pendedahan tentang kaedah mengaplikasi Kemahiran Berfikir seperti peta iThink, Thinking Hats dan CoRT.
KEM SMART NUKLEUS
Siswa guru Biro Jurulatih Muda (JU Muda) KBAT dan Biro Program Khas Sekolah Nukleus menganjurkan Kem SMART NUKLEUS bagi membimbing 60 orang murid Sekolah Nukleus pada 5 April 2018 . Program ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh siswa guru Jurulatih Muda KBAT dari Pusat Kecemerlangan Kemahiran Berfikir, IPG Kampus Ilmu Khas.
Selain itu, program ini dapat membantu siswa guru mengembangkan potensi serta Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) secara terancang dan berstruktur. Menurut Dr Munira Mohsin selaku Penyelaras PKKB berhadap program ini dapat memberi peluang kepada murid-murid Sekolah Nukleus meneroka pembelajaran di luar bilik darjah menerusi aktiviti seperti Experiential and Fun Learning Activities bagi subjek Sains, Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ia juga merupakan landasan kepada siswa guru untuk mengaplikasi kemahiran berkomunikasi secara efekif dengan persekitaran dan komuniti.
INFO UMUM: Sekolah Nukleus merupakan sekolah yang berkolaboratif dengan Pusat Kecemerlangan Kemahiran Berfikir (PKKB) iaitu SK Cochrane Perkasa, Kuala Lumpur dan SK Sg. Lui Hulu Langat, Selangor.
![]() |
Kem Smart Nukleus anjuran IPG Kampus Ilmu Khas bersiaran di Berita Harian (30 April 2018). Tahniah..
Simposium Merangkai Titik-titik
26 Februari 2018 – IPG Kampus Ilmu Khas dengan kerjasama Utusan Melayu Berhad telah mengadakan Simposium Merangkai Titik-Titik sebagai platform untuk pendidik berkongsi idea, ilmu dan pengalaman selari keperluan transformasi pendidikan kini dan masa hadapan di Dewan Utusan Melayu (M) Berhad.
Pusat Kecemerlangan Kemahiran Berfikir (PKKB) IPG Kampus Ilmu Khas dengan bantuan Biro JU Muda tidak melepaskan peluang untuk berkongsi alat pemikiran kepada para pengunjung yang hadir yang terdiri dari para pegawai dari Kementerian Pendidikan Malaysia, pengarah-pengarah Institut, para Pensyarah, guru-guru, Siswa Guru serta murid-murid sekolah.
PKKB turut berkongsi aktiviti yang dijalankan oleh kesemua biro-biro berserta aktiviti yang dijalankan oleh Program Khas Sekolah Nukleus. Perkongsian ini memberi impak kepada JU Muda khususnya dalam perkongsian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi disamping kemahiran insaniah yang sirat dan tersurat.
Terima kasih kepada YBhg Datuk Dr Amin Senin atas kesudian hadir dan menyampaikan ucap utama.
Pasukan KBAT Jana Kemahiran Literasi TMK dan Teknik Penyoalan di SMK Desa Petaling
10 FEB 2018 – Pasukan KBAT telah mengendalikan Program Kemahiran Berfikir dalam PdPc dalam kalangan 94 orang guru SMK Desa Petaling, Kuala Lumpur. Perkongsian pada kali ini menghubungkaitkan aspek Kemahiran Berfikir Aras Tinggi menerusi Literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi di samping Teknik Penyoalan ke arah PdPc yang kritis, dinamik dan informatif.
Program seperti ini merupakan inisiatif dalam menyebarluas kepakaran pensyarah khususnya dalam menjalankan fungsi sebagai Pusat Kecemerlangan Kemahiran Berfikir. Fasilitator terlibat terdiri daripada En. Muaaz Muhammad, Dr. Ramesh Rao, Mr. Kuruvilla C.K. Joseph dan Dr. Zarizi Abd. Rahman.
KBAT Dalam Kokurikulum