Penerapan elemen KBAT – Pentaksiran Soalan Bahagian Matrikulasi

5 OGOS 2016 – Pelaksanaan KBAT di sekolah turut menarik minat Bahagian Matrikulasi Putrajaya untuk menilai kesesuaian item soalan  kursus yang ditawarkan oleh institusi berkenaan  selaras dengan dasar penerapan elemen KBAT dalam aspek pendidikan.

Perbincangan dan penilaian ini diadakan sempena Kursus Penerapan elemen KBAT dalam Pentaksiran Soalan Bahagian Matrikulasi selama dua hari di Bahagian Matrikulasi Putrajaya.  Kursus ini turut mencadangkan cara menggubal, menaksir dan menyediakan jawapan soalan KBAT serta menilai item soalan Bahagian Matrikulasi.  Selain itu, penceramah turut cadangan bentuk P&P yang sesuai dan efektif untuk membudayakan elemen KBAT selaras dengan peranan mana-mana organisasi ke arah memartabatkan sistem pendidikan di negara kita.

Tahniah kepada penceramah IPGKIK yang berperanan sebagai Pusat Kecemerlangan Kemahiran Berfikir (PKKB).