Bengkel KBAT Tambah Kepakaran Pensyarah IPG Kampus Islam

11 OGOS 2016 – Seramai 25 peserta Bengkel KBAT  diberi pendedahan terhadap kaedah pelaksanaan KBAT dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Bengkel ini  dilaksanakan dengan melakukan simulasi Pengajaran dan Pembelajaran KBAT, berkongsi idea dan bergabung pakaran bagi memantapkan penghasilan Kerja Kursus yang mempunyai nilai KBAT yang tinggi.  Bengkel diadakan di IPG Kampus Pendidikan Islam dan penceramah terdiri daripada Norulazilah Md Nordin dan Norliza Jaafar, pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan IPGKIK.