Pemantapan KBAT Dalam Pendidikan Islam

 

29 OGOS 2016 – Pendedahan berterusan terhadap KBAT telah dilaksanakan  bagi menjelaskan elemen pelaksanaan KBAT dalam Pendidikan Islam dan TITAS.  Seramai 11 pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu dan Kampus Bahasa Antarabangsa terlibat sebagai peserta kursus yang berlangsung di IPG Kampus Bahasa Melayu. 

Kursus ini turut merangka elemen KBAT dalam rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam dan TITAS, menghasilkan contoh soalan peperiksaan yang memenuhi ciri-ciri item KBAT dalam pentaksiran. Selain itu, usaha mengenalpasti pelaksanaan elemen KBAT dalam Pendidikan Islam di sekolah pada masa kini turut dibincangkan oleh penceramah Ustaz Muaaz bin Muhammad.