Cetusan KBAT Dalam Amalan Harian Staf Bukan Akademik

KBAT dalam Amalan Harian Staf Bukan Akademik

10 OKT 2016 –  Konsep KBAT terus diperkenalkan sebagai  elemen yang perlu diamalkan dalam tugasan harian Staf Bukan Akademik IPGKIK.  Kursus ini secara langsung dapat memberi pendedahan kepada mereka mengenali beberapa alat berfikir, strategi dan kaedah bagi meningkatkan kemahiran berfikir di samping tahu mengaplikasi elemen KBAT dalam tugasan dan pekerjaan harian.

Seramai 20 peserta kursus ini turut menghasilkan perancangan, proses pelaksanaan, serta melakukan penilaian tugasan mereka mengikut elemen KBAT.  Penceramah adalah terdiri daripada Dr. Mohd Khamdani bin Sairi, Dr. Zahiah Binti Haris @ Harith, Sallehuddin Zakaria dan  Woo Shiow Ling.