IPGKIK dan IPGKBA Bantu IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan Latih Fasilitator KBAT

Kursus Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

19 OKT 2016 – IPGKIK dan IPGKBA bergabung berkongsi kepakaran melaksanakan Kursus Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bagi menambah kepakaran dalam kalangan pensyarah IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA).  Perkongsian kepakaran, maklumat dan kaedah ini dapat membantu institusi latihan keguruan  menambah bilangan fasilitator KBAT  dan seterusnya menjana pelaksanaan KBAT dengan lebih luas di sekolah-sekolah.

Kursus yang diadakan selama tiga hari ini telah melahirkan fasilitator KBAT dalam pelbagai bidang.  Secara langsung dapat mengembangkan pelaksanaan KBAT dalam kalangan siswa guru di setiap IPG seluruh Malaysia.  Kursus ini berlangsung selama tiga hari dan diadakan menggunakan premis Institut Kemajuan Desa (INFRA) Kajang,  Selangor.
Antara penceramah yang terlibat adalah terdiri daripada Muaaz Muhammad, Dr. Ramesh Rao A/L Ramanaidu, Dr. Siti Rosni Mohamad Yusoff dan Dr. Faridah Hanim Yahya.