IPG Jelajah PPD Kunak Sabah Latih Guru Pendidikan Islam Mengenali KBAT dan Pembelajaran Alaf Ke-21

 Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

25 OKT 2016 – Seramai 35 guru Pendidikan Islam sekolah menengah dan rendah telah menyertai Kursus Peningkatan Profesional selama dua hari di PPD Kunak Sabah.  Kursus  ini memberi pendedahan kepada guru Pendidikan Islam terhadap pengaplikasian pedagogi Iqra’ , mengguna dan mempraktikkan KBAT  dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran.  Kandungan kursus juga diselaraskan dengan kaedah pembelajaran abad ke-21 untuk mereka merancang dan mengaplikasi dalam PdP Pendidikan Islam di sekolah.

Kursus ini dikendalikan oleh enam tenaga pengajar yang terdiri daripada pensyarah IPG Kampus Ilmu Khas, IPG Kampus Bahasa Melayu dan juga guru daripada SMK Cheras.  Antaranya, En Muaaz Muhammad, Mohd. ‘Asri Bin Abd. Rahman, Nurul Huda Mohd Bisri, Norhayati Bt Mohd Yatim, Zaiton Bt Mat Deris dan Sharin Hanum Bt Ab Rahman.