PKKB IPG KIK bergerak menepati keperluan sekolah

 

14 Mac 2019 -. 60 orang MURID HALUS sekolah rendah daerah Kuala Langat telah berkumpul di  SK Sungai Buaya Banting Selangor  bagi menyertai bengkel anjuran PKKB IPG Kampus Ilmu Khas. Murid diberi pendedahan untuk menyelesaikan masalah matematik secara tiga dimensi bentuk gambaran dan bayangan serta menghubungkait konsep Matematik dengan menggunakan lukisan, objek, carta, pola dan bentuk.  Kaedah ini melibatkan murid 100% lebih aktif kerana visual yang dikemukakan perlu digayakan oleh murid.  Murid dapat berfikir luar dari kotak apabila diberi sesuatu soalan atau masalah. Pendekatan pembelajaran visual dapat memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan pembelajaran dan kemahiran insaniah mereka.

Pensyarah yang terlibat adalah dua orang pensyarah Matematik iaitu Pn Haslina Jaafar dan Pn Lee Lay Hwa.