Kursus KBAT SK Sri Gombak

Kursus Kemahiran Berfikir (KB) telah dilaksanakan pada Januari 2015 yang lalu.  Dua buah sekolah terlibat dengan program ini.  Kursus KB telah berlangsung di SK Tmn Seri Gombak pada 10 Jan 2015 seramai 122 orang guru hadir dalam kursus tersebut.  Pada 17 Jan 2015 kursus berlangsung di SM Teknik Kuala Lumpur seramai 60 orang guru hadir kursus tersebut.  Kursus ini disampaikan oleh Jurulatih Utama Kemahiran Berfikir (KB) dari IPG Kampus Ilmu Khas iaitu Dr Mohd Khamdani Sairi dan Pn Anita Sapura. 

Matlamat Strategik Kursus untuk aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran dalam Kemahiran Berfikir :

  • Membudayakan KB aras tinggi dalam PdP.
  • Meningkatkan kemahiran teknik penyoalan dalam PdP.
  • Memahirkan tahap pembinaan soalan dan tugasan beraras tinggi.
  • Memberikan pengalaman penerapan KB aras tinggi secara experiential