Pusat Kecemerlangan Kemahiran Berfikir (PKKB)

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi merujuk kepada keupayaan untuk mengaplikasi pengetahuan , kemahiran, nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencapai sesuatu.   Oleh itu sebagai Pusat Kecemerlangan Kemahiran Berfikir (PKKB) Zon Tengah, IPGKIK turut menyediakan khidmat sokongan dan memberi latihan kepada institusi pendidikan termasuk sekolah dan siswa guru.  Ini selaras dengan hasrat merealisasikan Transformasi Sistem Pendidikan Malaysia (Khair, 2014).

Khidmat sokongan dan latihan boleh diperolehi dengan menghubungi Jawatankuasa Pusat Kecemerlangan Kemahiran Berfikir Zon Tengah (IPG Kampus Ilmu Khas) di talian 03-91318160.

 header_kbat2

Blooms_Taxonomy_Revised

Konsep KBAT

According to Bloom (1956), HOTS represent critical, logical, reflective, metacognitive, and creative thinking that is activated by encountering unfamiliar problems and questions. Grounded with lower order thinking skills that are linked to prior knowledge and cognitive strategies, HOTS are more sophisticated and context-rich than lower order skills, requiring students to manipulate information and ideas that transform their meaning and implications.

KPM (2013) pula mendefinisikan KBAT sebagai keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran, nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

Objektif:

Panduan ini adalah untuk:

  • meningkatkan kefahaman KBAT dalam PdP dalam kalangan pensyarah;
  • memantapkan pelaksanaan pedagogi berunsur KBAT dalam aktiviti PdP dalam kalangan pensyarah;
  • mengaplikasi alat berfikir dalam PdP bagi menjana KBAT dalam kalangan guru pelatih.

 

Sepintas Lalu

Sepintas Lalu

PPPMalaysiaCover

Panduan ini bertujuan meningkatkan kesedaran warga IPG tentang pentingnya menerapkan KBAT dalam PdP agar kualiti pengajaran pensyarah dan pembelajaran guru pelatih dapat ditingkatkan.

Susulan pelaksanaan PPPM 2013–2025 yang telah memperkenalkan beberapa pendekatan baru yang menjurus kepada transformasi pendidikan negara, adalah diharapkan panduan ini menjadi salah satu rujukan utama IPG dalam merancang dan menerapkan KBAT dalam proses PdP. Ini adalah selaras dengan hasrat PPPM yang berikut:

Rujukan:

  1. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
  2. Gelombang 1 – Perubahan Sistem, m.s. 242
 

Rujukan:

  1. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
  2. Gelombang 1 – Perubahan Sistem, m.s. 242
 

Gelombang 1- Perubahan Sistem 

Meningkatkan pelaksanaan kurikulum dalam pengajaran di bilik darjah:

  • Menambah jumlah soalan yang menguji kemahiran berfikir aras tinggi dalam pentaksiran
  • Pelaksanaan latihan dan program i-Think