PJK aplikasi KBAT

Program : Program Diploma Perguruan Lepas Ijazah – DPLI
Nama Kursus : Pendidikan Jasmani
Kod Kursus : PJK2102W
Tajuk : Etika Dalam Permainan

 

Hasil Pembelajaran:

Menjelaskan etika dalam permainan dari aspek pemain, pegawai & penonton.

  • menjelaskan usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh pemain, pegawai dan penonton bagi mengejar kemenangan dalam permainan
  • menyatakan usaha-usaha ekstrem yang melanggar etika permainan
  • mengenal pasti kesan-kesan usaha ekstrem yang melanggar etika permainan
  • mengaplikasikan fair play dalam permainan sitting volleyball
  • mengenal pasti langkah-langkah untuk meningkatkan fair play dalam permainan sitting volleyball

 

Sumbangsaran

Isikawa

” Winning isn’t everything, it is the only thing’

Oleh kerana kemenangan adalah sesuatu yang dikejar-kejarkan oleh setiap pemain / pegawai / penonton, maka pelbagai usaha akan dilakukan.

Berdasarkan ENAM aspek dalam grafik Isikawa, jelaskan usaha yang dapat anda lakukan bagi mengejar kemenangan dalam permainan.

Sebab dan akibat

Sequence Chart

Bagi pemain / pegawai / penonton yang ingin mencapai kemenangan by all means, usaha atau langkah yang dilakukan berkemungkinan agak ekstrem sehingga melanggar etika permainan.

Kenal pasti usaha-usaha yang melanggar etika permainan dan sertakan kesan-kesan yang berkaitan bagi salah satu usaha tersebut.

Sitting Volleyball

Amali:Lakukan permainan sitting volleyball dengan mengaplikasikan peraturan asas yang umum diguna pakai.
Renungan:
  • Adakah permainan ini menunjukkan fair play? Mengapa? 
  • Cadangkan langkah penamabahbaikan yang boleh meningkatkan fair play dalam perlaksanaan sitting volleyball. – Lekatkan cadangan anda pada parking lot.

Adakah anda menunjukkan etika yang seharusnya ada semasa permainan dijalankan? Berikan contoh dan nyatakan puncanya.

Catatkan refleksi anda dalam ePortfolio dan kongsikan sesama rakan dan pensyarah.

 Contoh Refleksi

 

cth_refleksi