Pameran KB di IPGBM

Laporan Pameran KBAT di IPGK Bahasa Melayu pada 29 Januari 2015

Pada 29 Januari 2015, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur telah mengadakan upacara perasmian bangunan baharunya. Perasmian bangunan tersebut telah dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas telah dijemput untuk mengambil bahagian dalam pameran bersempena dengan perasmian bangunan baharu tersebut. IPG Ilmu khas telah diberikan satu tapak untuk mempamerkan  ”Pusat Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Seramai 14 orang pensyarah dan 4 orang pelajar telah membantu dalam menyediakan bahan untuk pameran itu.