Aplikasi KBAT- PKG Sabak Bernam, Selangor.

Pada 2 April 2015,  seramai tiga orang pensyarah Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus  Ilmu Khas telah dijemput untuk berkongsi memberikan pemahaman dalam aplikasi KBAT di Pusat Kegiatan Guru, Sabak Bernam, Selangor.  Sejumlah 34 orang guru  yang terdiri daripada guru tingkatan 3 dan guru tingkatan 5 serta 3 orang SISC+ Bahasa Melayu telah hadir dalam kursus selama sehari ini.  

Antara kandungan kursus ialah konsep KBAT dalam PdP, Strategi Pelaksanaan dan Pentaksiran Bahasa Melayu yang memfokuskan aplikasi tiga kemahiran bahasa iaitu mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Berdasarkan respon yang diberikan, pihak Pejabat Pendidikan Sabak Bernam bercadang melanjutkan kursus ini untuk guru sekolah rendah dalam tempoh terdekat.

Majlis Penutupan Perasmian telah disempurnakan oleh Encik Yusaini bin Salleh, Ketua Unit Pengurusan Akademik, PPD Sabak Bernam. Pensyarah yang terlibat ialah Puan Norani binti Abd Rahim, Puan Nor Alizah binti Alias dan Cik Hayati binti Mat Yusof.