Kursus KBAT – Maktab Tentera Di Raja

Kursus Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Pedagogi telah dianjurkan oleh Unit LDP Maktab Tentera di Raja di Blok Akademik  1, Maktab Tentera Diraja  Sg Besi pada 2 Mac, 2015.  Seramai 55 orang peserta telah mengikuti kursus tersebut.  Penceramah kursus dari IPG Kampus Ilmu Khas terdiri dari Dr. Ramesh Rao A/L Ramanaidu, Pn Norzamziah Bt Md Noor, Pn Zuraidah Yazid, Dr Ismail Raduan, En Mokhtar Ishak, Pn Norani Rahim dan Cik Amar Shobha Sarna.

Antara kandungan kursus yang dilaksanakan ialah Peta pemikiran i-THINK, Aplikasi peta pemikiran i-THINK dalam PdP mengikut subjek dan Pengenalan aplikasi pengguna Portal KBAT IPG KIK. Secara keseluruhan peserta mengatakan kursus ini adalah sesuai dengan bidang tugas dan dapat meningkatkan pengetahuan mereka tentang Konsep KBAT.  Walaubagaimanapun ramai peserta mencadangkan supaya jangka masa kursus di panjangkan.   Cadangan juga supaya dapat diadakan bengkel membina modul mengikut subjek, pendedahan cara membina item-item berunsur KBAT  mengikut subjek.