Bengkel Cetusan KBAT SK Sg. Lui & SK Cochrane Perkasa

Pada 28 April 2015, Unit Program Khas, Pusat Kecemerlangan Kemahiran Berfikir IPGKIK telah menganjurkan Bengkel Cetusan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang dihadiri oleh guru-guru sekolah angkat iaitu S.K. Sungai Lui dan S.K. Cochrane Perkasa. Seramai 24 orang guru dari Panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains terlibat. Tujuan bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan serta memperkukuhkan pengalaman mengaplikasi kemahiran berfikir aras tinggi dalam amalan bilik darjah mengikut bidang mata pelajaran. Fasilitator yang mengendalikan bengkel tersebut terdiri daripada Dr. Mohd Khamdani bin Sairi, Pn. Khalidah binti Othman, Pn. Zuraidah binti Yazid, En. Hasizan bin Dahalal, En. Amat Tarop bin Sumo, Cik Amar Shobha a/p Jagdish Mitter Sarna, Pn. Lee Siew Lin dan En. Mokhtar bin Ishak.