Pengurusan Grafik

Alat pengurusan grafik juga dikenali sebagai peta pengetahuan, peta konsep , peta cerita dan alat pengurusan kognitif.  Ia merupakan alat komunikasi yang menggunakan simbol-simbol untuk menggambarkan pengetahuan, konsep, pemikiran, idea-idea dan juga hubungan antara mereka.  Tujuan utama alat pengurusan grafik adalah untuk menyediakan bantuan visual bagi membantu pelajar berfikir.