Kursus PdP KBAT BM Sek.Men daerah Sepang

Sekali lagi pasukan KBAT Bahasa Melayu dijemput untuk menyampaikan ceramah dan perbengkelan pengajaran dan pembelajaran KBAT Bahasa Melayu Sekolah Menengah bagi daerah Sepang pada 28 Mei 2015 bertempat di Pusat Kegiatan Guru Salak.  Seramai 38 orang peserta dalam kalangan guru Bahasa Melayu yang mengajar di tingkatan 3 dan tingkatan 5 menyertai kursus ini yang dibuat selama sehari. Kursus kali ini diketuai oleh Tuan Haji Zainalarifin bin Yusof, Puan Norani Abd Rahim dan Encik Thahir bin Nuruddin. Turut sama berkongsi kepakaran ialah Tuan Haji On bin Ahmad, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, Puan Norulazilah binti  Md Nordin dan Puan Norliza binti Jaafar. Memorandum Persefahaman antara Pejabat Pindidikan Daerah Sepang dan Jabatan Pengajian Melayu, IPGKIK turut ditandatangani bagi menjalankan kerjasama terutama dalam latihan pendidikan keguruan.