Jalinan Kolaboratif Utusan Malaysia Dan IPGKIK

Susulan jalinan kolaboratif antara IPGKIK dengan Utusan Malaysia, Jawatankuasa Kecemerlangan Kemahiran Berfikir terus mendapat kepercayaan untuk berkongsi kepakaran dalam satu ruangan khas  akhbar TUTOR  Utusan Malaysia.  Ruangan khas ini memaparkan contoh aktiviti PdP berasaskan KBAT bagi sekolah menengah dan sekolah rendah untuk mata pelajaran terpilih.

Sehubungan itu, mesyuarat khas dengan pihak Utusan Malaysia telah diadakan pada 23 Jun 2015 di IPGKIK.  Pihak Utusan Malaysia telah diketuai oleh Encik Azmy bin Mohamed, Penolong Pengarang Pendidikan dan juga tiga orang Editor Pendidikan. Encik Shaari Osman, Pengarah IPGKIK pula mengetuai delegasi dari IPGKIK. Yang turut sama dalam mesyuarat tersebut ialah Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Puan Norani Ab Rahim, Datin Noraini Mohamad, Puan Norzamziah Md.Noor dan Cik Amyzar Alwi.