Kursus KBAT dalam Pendidikan Islam bagi SRA JAWI

Kursus ini merupakan kursus pengenalan kepada guru –guru Pendidikan Islam dan bahasa Arab SRA Jawi, Kuala Lumpur tentang KBAT dalam Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.Pengenalan ini termasuk bagaimana hendak mengaplikasi KBAT dalam Pdp dan Pentaksiran.

Kursus dijalankan aMasjid Saidina Abu Bakar, Bangsar WP pada 13-14 Mei 2015. Seramai 7 Pensyarah JAPIM dan 41 guru SRA JAWI terlibat dalam kursus ini. Fasilitator adalah Ustaz  Zaradi Bin Sudin, Ustaz  Muaaz Bin Muhammad, Ustaz Mohd Zainal Abidin Che Mood,Ustaz Hj Jainudin Bin Ngah, Ustazah Nurul Huda Mohd Bisri, Ustazah Firdaus  Abdul Fatah dan Ustazah Norlela Bt Ali. Antara kandungan kursus ini ialah: 

  • Konsep KBAT dalam pedagogi
  • Peta pemikiran i-Think
  • Aplikasi peta pemikiran i-Think dalam PdP Penddikan Islam dan bahasa Arab
  • Pentaksiran KBAT
  • Pengenalan Portal KBAT IPG KIK