Kursus KBAT bagi Guru-guru Sekolah Menengah Hira’, Jeram

Kursus ini merupakan kursus Kemahiran Berfikir Aras Tinggi  dalam aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran. Kursus ini memberi penekanan bagaimana hendak mengaplikasi KBAT dalam Pdp dan Pentaksiran. Objektif kursus adalah untuk

  1. memberi pendedahan tentang modul i-think dalam PdP dan Konsep Pentaksiran dalam KBAT-pengkhususan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam
  2. memperkenalkan Portal KBAT IPG KIK

Kursus telah dijalankan di Dewan Besar Sek Men Islam Hira’ Jeram Selangor pada 23 Mei 2015. Seramai 2 Pensyarah JAPIM dan 40 guru Sek.Men Islam Hira’ Jeram terlibat dalam kursus ini. Fasilitator adalah  Ustaz  Zaradi Bin Sudin dan Ustazah Firdaus  Abdul Fatah. Antara kandungan kursus adalah 

  • Konsep KBAT dalam pedagogi
  • Peta pemikiran i-Think
  • Aplikasi peta pemikiran i-Think dalam PdP
  • Pentaksiran KBAT
  • Pengenalan Portal KBAT IPG KIK