Bengkel Cakna Pemantapan Modul Item
Bengkel Cakna Pemantapan Modul Item KBAT Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Daerah Kuala Selangor
Pada 6 Ogos 2015, Jabatan Pengajian Melayu dijemput menyampaikan maklumat KBAT kepada 80 orang guru Bahasa Melayu sekolah rendah daerah Kuala Selangor. Kursus anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor ini merupakan Kursus KBAT yang kali pertama didedahkan kepada guru-guru khususnya dalam aspek strategi pedagogi dan item pentaksiran.
Bertempat di SMK Bukit Kuching Tengah, Kuala Selangor, guru-guru ini turut diberikan pendedahan pembelajaran abad ke-21. Fasilitator yang terlibat ialah Puan Norani binti Abd Rahim dan juga Encik Thahir bin Nuruddin.