Kursus LKS : Pelaksanaan Instrumen Pemantauan PdP- Aplikasi KBAT dalam kalangan pensyarah-Pendidikan Khas& Matematik Sains
LAPORAN AKTIVITI KBAT
TAJUK KURSUS : i THINK DAN KBAT DALAM PdP
TARIKH : 21 JULAI 2015
MASA : 2.30 – 4.30 PETANG
TEMPAT : BILIK SUMBER JPK
BIL PESERTA : 13
PENCERAMAH : DR RAMESH RAO ( KETUA TEAM 2 )
PETER ONG
CHANG SIEW YENG
NOR ALIZAH BINTI ALIAS
NORULAZILAH BINTI MD NORDIN
ZURAIDAH BINTI YAZID
DR TENG SIEW LIAN
OBJEKTIF KURSUS
- Pengenalan tentang fungsi Jawatankuasa Pusat Kecemerlangan Kemahiran Berfikir(PKKB) dan keperluan semasa
- Pendedahan tentang modul i-think, HoMs dan Konsep Pentaksiran dalam KBAT
- Memperkenalkan aplikasi penggunaan Portal KBAT IPG KIK
KANDUNGAN KURSUS
- Konsep KBAT
- KBAT dalam Pdp
- Teknik penyoalan
- Pentaksiran KBAT
- Peta pemikiran i-Think
- Aplikasi peta pemikiran i-Think dalam PdP
SINOPSIS
Seorang pensyarah wajib menggunakan modul yang disediakan oleh BPK tetapi boleh menambah contoh-contoh lain sekiranya sesuai apabila menjalankan kursus. Antara bahan yang perlu dikongsikan bersama ialah tentang kemahiran berfikir (KB) dalam sistem pendidikan, lapan (8) peta pemikiran, bingkai rujukan, aplikasi lapan (8) peta pemikiran, teknik-teknik penyoalan, aplikasi teknik penyoalan, pembinaan soalan KBAT kepimpinan dalam membudayakan KBAT, kepimpinan menangani perubahan, kepimpinan perancangan, kepimpinan pemantauan, pelan tindakan dan refleksi keseluruhan kursus.