Pelaksanaan Instrumen Pemantauan PdP- Aplikasi KBAT dalam kalangan pensyarah

PENERAPAN KBAT DALAM PDP PENDIDIKAN ISLAM
TARIKH                      : 2 APRIL 2015
MASA                            : 2.30 PTG – 4.30 TENGAH HARI
TEMPAT                     : BILIK BUNGA RAYA
BIL PESERTA           : 9 ORANG PENSYARAH JAPIM
PENCERAMAH        : DR. MOHD KHAMDANI BIN SAIRI

1.0       KANDUNGAN KURSUS

  • Konsep KBAT dalam pedagogi
  • Peta pemikiran i-Think
  • Aplikasi peta pemikiran i-Think dalam PdP .
  • Pentaksiran KBAT

2.0       OBJEKTIF KAJIAN 

  1. Menjelaskan Konsep KBAT dan amalannya di dalam pelaksanaan pdp Pendidikan Islam Pendedahan tentang modul i-think dalam PdP dan Konsep Pentaksiran dalam KBAT -pengkhususan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.
  2. Penerapan penggunaan peta i-think di dalam pdp dalam kalangan pensyarah JAPIM. 

3.0       SINOPSIS 

Kursus ini merupakan kursus pendedahan kepada pensyarah JAPIM tentang pelaksanaan KBAT dalam Pendidikan Islam. Pendedahan yang diberikan ini termasuk cara mengaplikasikan peta i-think dalam pdp dan pentaksiran. 

4.0       REFLEKSI 

Kursus ini telah memberikan impak yang positif di kalangan para pensyarah JAPIM kerana ini baru pertama kali didedahkan secara eksklusif berkaitan dengan pelaksanaan KBAT di dalam pdp. Mereka melahirkan rasa bertuah kerana dapat menimba banyak input baru seperti berkaitan dengan pelaksanaan KBAT. Latihan ini telah memberikan pengalaman dan pendedahan yang baru kepada para pensyarah yang mengikuti LKS ini.

 

LAPORAN KURSUS PEMANTAPAN KBAT DALAM PEDAGOGI

TARIKH                      : 2 APRIL 2015
MASA                            : 2.30 PTG – 4.30 TENGAH HARI
TEMPAT                     : BILIK BUNGA RAYA
BIL PESERTA           : 23 ORANG PENSYARAH JIP
PENCERAMAH        : DR. MOHD KHAMDANI BIN SAIRI 

1.0       KANDUNGAN KURSUS

  • Konsep KBAT dalam pedagogi
  • Peta pemikiran i-Think
  • Aplikasi peta pemikiran i-Think dalam PdP .
  • Pentaksiran KBAT

2.0       OBJEKTIF KAJIAN 

2.1       Pengenalan tentang fungsi Jawatankuasa Pusat Kecemerlangan Kemahiran Berfikir(PKKB)  dan keperluan semasa

2.2       Pendedahan tentang modul i-think, HoMs dan Konsep Pentaksiran dalam KBAT

2.3       Memperkenalkan aplikasi penggunaan Portal KBAT IPG KIK

 3.0       SINOPSIS

Kursus ini merupakan kursus pendedahan kepada pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan tentang pelaksanaan KBAT dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP). Pendedahan yang diberikan ini termasuk cara mengaplikasikan peta i-think dan HoMs dalam PdP dan pentaksiran.

 4.0       REFLEKSI 

Kursus ini telah memberikan impak yang positif kepada para pensyarah JIP kerana ini baru pertama kali didedahkan secara eksklusif berkaitan dengan pelaksanaan KBAT dalam PdP. Para peserta merakam ribuan terima kasih atas usaha JK KBAT melaksanakan program ini yang merentas jabatan. Mereka sangat positif dengan program ini kerana dapat menimba banyak input baru seperti berkaitan dengan pelaksanaan KBAT dalam PdP khususnya teknik penyoalan KBAT. Latihan ini telah memberi pengalaman dan pendedahan yang baru kepada para peserta yang mengikuti LKS ini.