Program Kolaboratif Jurulatih Muda Kemahiran Berfikir IPG KIK dan IPG KPM Melaka

Tarikh  : 20 Ogos-22 Ogos 2015
Tempat: Dewan Seri Tanjung, IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka
Jumlah peserta: 58 Jurulatih  Muda

Program kolaboratif jurulatih muda kemahiran berfikir IPG Kampus Ilmu Khas dan IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka telah dijalankan pada 20, 21 dan 22 Ogos 2015. Peserta kursus terdiri dari 29 orang Jurulatih Muda Kemahiran Berfikir IPG Kampus Ilmu khas dan 29 Jurulatih Muda Kemahiran Berfikir IPG Kampus Perempuan Melaka.
Kursus ini merupakan salah satu usaha untuk mewujudkan jaringan kerjasama dalam kalangan pensyarah dan siswa pendidik IPG Kampus Zon Tengah dan Zon Selatan. Kursus ini diharapkan dapat mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan siswa pendidik kea rah pemikiran kreatif, kritis dan inovatif dengan menggunakan lapan peta pemikiran i-Think.