Kursus pembelajaran Kreatif dan KBAT Bahasa Malaysia Murid Tahun 5, 2015

Pada 20 Ogos 2015, seramai 150 orang murid tahun 5 SK Taman Seroja , Bandar Baru Salak Tinggi telah didedahkan dengan pembelajaran secara kreatif dan KBAT oleh  pensyarah Bahasa Melayu yang juga Jurulatih KBAT iaitu Puan Norani Abd Rahim, Puan Nor Alizah Alias dan Encik Hasizan Dahalal.

Antara pengisian kursus termasuklah aspek permainan dalam pembelajaran, penerapan didik hibur dan juga aplikasi KBAT dalam  pembelajaran dan pentaksiran. Murid-murid ini telah menjalankan pelbagai aktiviti dan simulasi termasuklah permainan kreatif, penciptaan dan inovasi, nyanyian, dan penulisan karangan berunsurkan KBAT.