WATIKAH PERLANTIKAN JURULATIH MUDA KEMAHIRAN BERFIKIR IPG KAMPUS ILMU KHAS

Pada 29 September 2015, watikah perlantikan Jurulatih Muda Kemahiran Berfikir IPG Kampus Ilmu Khas telah dijalankan bagi mengiktiraf kelayakan  Jurulatih Muda(JUM) yang telah menjalani kursus. Sehubungan dengan itu, watikah perlantikan ini diadakan sewaktu perhimpunan bulanan IPG Kampus Ilmu Khas untuk memperkenalkan kewujudan Jurulatih Muda ini kepada seluruh warga IPG Ilmu Khas.

Majlis perlantikan Jurulatih Muda ini dimulakan dengan pengenalan penubuhan JU Muda. Seterusnya, tayangan video montaj berkenaan aktiviti yang telah dijalankan oleh JU Muda sejak penubuhannya serta memberi gambaran kepada seluruh warga IPG Ilmu Khas akan kewujudan program-program yang telah disertai oleh mereka. Seterusnya, merupakan persembahan senamrobik yang bertemakan lapan peta pemikiran. Persembahan senamrobik ini telah dijayakan oleh JUM dengan kolaboratif pelajar pendidikan jasmani IPG Kampus Ilmu Khas. Setelah selesai persembahan senamrobik, majlis diteruskan lagi dengan pengenalan Lagu Jurulatih Muda Kemahiran Berfikir yang telah dicipta khas hasil daripada karya JUM dan juga dinyanyikan oleh tiga orang JUM. Setelah selesai  persembahan  maka majlis diteruskan dengan penerimaan watikah yang diwakili oleh saudari Hazirah dan saudara Hazim sebagai setiausaha ahli JUM IPG Kampus Ilmu Khas. Watikah disampaikan oleh Timbalan Pengarah, IPG Kampus Ilmu Khas iaitu Dr Roziah binti Abdullah.

Majlis watikah pelantikan ini berjalan lancar dengan jayanya hasil usaha keras  oleh  JUM juga dibantu oleh pensyarah pembimbing dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Ilmu Khas. Diharapkan agar seluruh warga IPG Kampus Ilmu Khas dapat mengenali dan menggunakan sebaik mungkin peluang bersama JUM untuk belajar menggunakan peta pemikiran I-think dan mengaplikasikannya dalam pengajaran dan pembelajaran.