Program Perkampungan Ilmu Tingkatan 4, Siri 2

perkampungan sm alam shah

Satu program perkampungan ilmu bertajuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT):  Kepentingan pembelajaran berasaskan KBAT dan ke arah persediaan pelajar menghadapi pembelajaran abad ke-21 telah diadakan pada 2 Nov  2015 bertempat di Auditorium  Tesl IPGKIK. Peserta adalah seramai 120 orang dari pelajar tingkatan 4 SM Sains Alam Shah. Penceramah adalah bagi program ini ialah Dr. Mohd. Khamdani bin Sairi. Antara objektif program ini adalah untuk melaksanakan elemen Kbat dalam PdP, mengaplikasikan teknik penyoalan yang betul dalam PdP dan menjelaskan kepentingan pembelajaran KBAT ke arah persediaan pembelajaran abad ke-21.