Forum KBAT Di Putrajaya

Satu forum bersempena Taklimat Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) telah dijalankan oleh Lembaga Peperiksaan pada 10 Disember 2015 di Auditorium Parcel E, Pusat Pentadbiran Putrajaya. Forum yang bertajuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Dalam Pengajaran dan Pembelajaran telah dikendalikan oleh barisan panel  iaitu Dr. Mohd Khamdani bin Sairi  dari IPG Kampus Ilmu Khas, Dr. Noor Zaila binti Wahab  dari Bahagian Pendidikan Guru dan Datin Dr. Ng Soo Boon dari BPK. Moderator bagi forum ini ialah Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas iaitu Dr Roziah Abdullah.
Perbincangan bagi forum adalah berfokus kepada

  1. Penggubalan Kurikulum KSSR dan KSSM yang berteraskan KBAT
  2. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran
  3. Standard Pentaksiran dalam pentaksiran sekolah
  4. Aspek pedagogi – Inkuiri Based Learning & Project Based Learning