Alat Fikir

Alat berfikir merupakan instrumen yang dapat membantu kita menggunakan minda dengan lebih sistematik dan berkesan.  Dengan menggunakan alat berfikir, idea-idea yang disampaikan akan menjadi lebih tersusun dan hubungan di antara fakta menjadi lebih jelas. Penguasaan pelajar dalam kemahiran berfikir menjadi lebih berkesan melalui penggunaan alat berfikir yang sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran. Antara alat berfikir yang sering digunakan adalah:

  • i-THINK
  • Alat CoRT
  • Pengurusan Grafik
  • 6 Thinking Hats
i-think

Program I-Think merupakan program yang dilaksanakan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar.  Program ini  juga diharap dapat menghasilkan pelajar  yang berinovatif serta berupaya menangani pelbagai cabaran masa kini dan akan datang dengan membudayakan pembelajaran sepanjang hayat