Mesyuarat Perancangan

Mesyuarat Jk Pengoperasian Aktiviti Sekolah Nukleus – SK. Cochrane Perkasa, Kuala Lumpur 2016

Pada 5 Januari 2016 (Selasa) pukul 10 pagi, Mesyuarat JK Pengoperasian Aktiviti Sekolah Nukleus telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Cochrane Perkasa, Kuala Lumpur. Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk membincangkan perancangan pelaksanaan aktiviti dengan kerjasama IPGK PKKB. Mesyuarat dipengerusikan oleh Guru Besar melibatkan semua guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta 4 orang wakil daripada IPGK PKKB.