SK Cochrane Perkasa Latihan KBAT

Biro Program Khas (Sekolah Nukleus) telah mengendalikan sesi Latihan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam P&P untuk guru-guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di SK Cochrane Perkasa, Kuala Lumpur sebanyak 3 kali pada 5, 12 dan 19 April 2016. Pensyarah-pensyarah yang terlibat ialah Pn. Fadilah bt. Idris, Pn. Norliza bt. Ahmad Kamal, En. Hasizan b. Dahalal, En. Thahir b. Nuruddin dan  En. Amat Tarop b. Sumo dari Jabatan Pengajian Melayu manakala pensyarah-pensyarah dari Jabatan Bahasa Inggeris pula terdiri daripada Pn. Lee Siew Lin, Pn. Noreha bt. Jamaluddin, Dr. Lilliati bt. Ismail dan Pn. Woo Shiow Ling.

Antara pengisian bengkel yang diadakan selama 2 jam (2.00 – 4.00 petang) ialah penghasilan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) mengikut aspek kemahiran dalam mata pelajaran. Guru-guru diminta menghasilkan RPH yang memberi penekanan pada elemen-elemen KBAT dalam langkah-langkah pengajaran sama ada pada aktiviti yang dijalankan mahupun  soalan-soalan yang dikemukakan sewaktu P&P.

Guru-guru juga diberi pendedahan secara “hands on” tentang beberapa teknik P&P yang menekankan elemen KBAT. Sesi ini dikendalikan oleh Puan Norani binti Abd Rahim, Pensyarah Cemerlang dari Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Ilmu Khas. Antara teknik pedagogi berasaskan permainan yang didedahkan kepada guru-guru ialah:

  1. Teka Arca
  2. Kereta Api Ilmu
  3. Tiup dan Lepas Belon
  4. Manipulasi Alatan
  5. Pendidikan Keselamatan Jalan Raya

Satu sesi rakaman P&P juga dijalankan untuk melihat impak daripada pelaksanaan sesi-sesi Latihan KBAT serta LADAP yang telah dijalankan sebanyak 2 kali pada 15 dan 22 Februari 2016. Perbincangan antara pensyarah dan guru mengenai sesi rakaman P&P ini dapat membantu dalam penambahbaikan serta pemantapan P&P guru-guru sesuai dengan hasrat dan matlamat penubuhan Sekolah Nukleus.