SK Sg. Lui – Sertai Latihan KBAT

APRIL 2016 – Biro Program Khas (Sekolah Nukleus) telah mengendalikan sesi Latihan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam P&P untuk guru-guru Sains  dan Matematik di SK Sg Lui, Hulu Langat.  Program diadakan sebanyak 3 sesi iaitu pada 6, 13 dan 20 April 2016.

Pengisian bengkel menumpu kepada penghasilan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) mengikut aspek kemahiran dengan memberi penekanan kepada elemen KBAT dalam langkah-langkah pengajaran.   Perbincangan juga menerapkan tentang pelaksanaan KBAT berfokus kepada teknik penyoalan guru dan memberi motivasi kepada murid-murid khasnya murid orang asli untuk bertanya dan menjawab soalan.

Guru-guru juga diberi pendedahan secara “higher order doing” tentang beberapa teknik P&P yang menekankan elemen KBAT bagi kedua-dua subjek Sains dan Matematik. Antara teknik pedagogi yang didedahkan kepada guru-guru ialah:

  1. Inkuiri Penemuan
  2. Peristiwa Bercanggah
  3. Penyelesaian Masalah Menggunakan Model Polya

Penceramah yang terlibat ialah Pn.Zuraidah  bt. Yazid, Pn. Nor Ruzaini bt. Jailani, Pn. Haslina bt. Jaafar, dan  Tn. Hj. Alias@Aliason b. Awang.

Disunting oleh Biro Dokumentasi.