Sekolah Nukleus

img-20160310-wa0018   cochrane

SK SUNGAI LUI                                                                SK COCHRANE PERKASA

 

Definisi Sekolah Nukleus

  1. Definisi umum Sekolah Nukleus: Sekolah yang berkolaboratif dengan PKKB bagi pelaksanaaan pembudayaan KBAT. Sekolah nukleus ini juga akan menjadi showcase kepada sekolah lain sebagai pusat rujukan pembudayaan KBAT.
  2. Definisi Operasi Sekolah Nukleus: Sekolah Rendah yang dipilih oleh PKKB dan dipersetujui oleh pihak sekolah untuk berkolaboratif melatih guru dan murid, mencuba idea kreatif dan inovasi,  menjalankan penyelidikan pendidikan dan pelaksanaaan pembudayaan KBAT.

Tujuan Penubuhan

  • Memperkukuhkan pengetahuan dan amalan dalam pengajaran dan pembelajaran guru sekolah, pelajar dan pensyarah dalam pelaksanaan kemahiran berfikir.
  • Membimbing pelaksanaan pembudayaan KBAT dalam membentuk kemenjadian murid melalui  penggunaan strategi, kaedah, teknologi terkini yang berkesan seperti KBAT, i-Think dll.
  • Menambah pengalaman pelajar terhadap iklim pembelajaran yang kondusif dan budaya di sekolah melalui pendekatan bilik darjah /persekitaran P & P abad ke 21.
  • Menyediakan peluang ke arah pembudayaan inovasi dan penyelidikan dalam pendidikan.
  • Menjadikan Sekolah Nukleus sebagai model sekolah rendah KBAT negara.

Tugas Dan Tanggungjawab Jawatankuasa Pengoperasian Sekolah Nukleus IPGK

  1. Berkolaboratif dalam merancang pelaksanaan aktiviti Sekolah Nukleus.
  2. Berkolaboratif dalam menjayakan program latihan kepada guru di Sekolah Nukleus.
  3. Menjalin hubungan dengan pihak Bahagian Sekolah, JPN, PPD, PIBG dan agensi yang berkaitan.
  4. Menyelaras aktiviti dan program Sekolah Nukleus yang boleh dimanfaatkan oleh guru, pensyarah dan pelajar bagi latihan keguruan.
  5. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
  6. Menghantar laporan kepada IPGM, JPN dan PPD 2 kali setahun