PISA dan TIMSS

Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kampus Pulau Pinang dan Kampus Tun Abdul Razak telah dinobatkan sebagai Pusat Kecemerlangan Kemahiran Berfikir (PKKB) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).  Oleh itu, IPG Kampus perlu memantapkan pemantauan terhadap penerapan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran di kampus agar menepati objektif kemahiran berfikir, membudayakan KBAT serta melatih bakal guru mengaplikasi elemen KBAT khususnya i-THINK.  Ini penting bagi institusi yang berperanan sebagai agen perubahan (change agent) bagi menyediakan tenaga pengajar agar pelajar di sekolah cemerlang menghadapi ujian Trends in Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Program for International Students Assessment (PISA).

Ketahui PISA dan TIMSS

PISA

Program for International Students Assessment (PISA).  Ujian PISA yang diperkenalkan oleh Organisation For Economic Co-Operation and Development diadakan 3 tahun sekali bermula pada 2000 dan Malaysia mula menyertainya pada tahun 2009 untuk bersama 65 buah negara lain.  PISA menguji tahap penguasaan remaja terhadap keupayaan membaca, Sains dan Matematik dalam tempoh masa 2 jam menerusi soalan berbentuk terbuka dan aneka pilihan.