Kenali PKKB

Dalam usaha merealisasikan hasrat KPM untuk melaksanakan peluasan program inisiatif KBAT, 3 IPG telah dipilih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Kemahiran Berfikir mengikut keputusan Mesyuarat Status Pelaksanaan i-THINK (29 Disember 2011).  Tiga (3) IPG berkenaan adalah IPG Kampus Ilmu Khas, IPG Kampus Tun Abdul Razak (Sarawak) dan IPG Kampus Pulau Pinang.

DEFINISI

Pusat Kecemerlangan Kemahiran Berfikir (PKKB) IPG merujuk kepada IPG Kampus yang menerajui latihan dalam bidang kemahiran berfikir.  PKKB juga adalah tempat rujukan, penandaaras, rundingan dan penyelidikan berkaitan kemahiran berfikir.  Ia juga adalah pusat penyelarasan IPGK mengikut zon maisng-masing.