Bagi menghadapi persaingan global dengan persekitaran ekonomi yang dipacu oleh inovasi, KPM telah memberi penekanan terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam sistem persekolahan. Pelaksanaan KBAT dalam sistem persekolahan menggunakan pendekatan yang menyeluruh dan sistematik merangkumi tujuh elemen (tiga elemen utama iaitu kukurikulum, pedagogi dan pentaksiran serta empat elemen sokongan iaitu kokurikulum, sokongan komuniti dan swasta, sumber dan bina upaya). Semua elemen ini menyokong antara satu sama lain.
Berdasarkan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Inisiatif Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Kementerian Pendidikan Malaysia, Bil. 3/2015 yang telah diadakan pada 12 Mei 2015 juga telah memutuskan bahawa setiap Pusat Kecemerlangan Kemahiran Berfikir perlu mewujudkan Sekolah Nukleus mengikut zon. Sekolah Nukleus dicadangkan berkolaboratif dengan Pusat Kecemerlangan Kemahiran Berfikir dan menjadi show case bagi pelaksanaan pembudayaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.
Definasi umum Sekolah Nukleus: Sekolah yang berkolaboratif dengan Pusat Kecermelangan Kemahiran Berfikir (PKKB) bagi pelaksanaan pembudayaan KBAT
Definisi Operasi Sekolah Nukleus: Sekolah rendah dan menengah yang dipersetujui oleh PKKB dan pihak sekolah untuk berkolaboratif dalam melatih guru bagi melaksanakan amalan KBAT dalam P&P
Sekolah Nukleus ditubuhkan untuk menjadi sekolah show case KBAT negara. Sekolah Nukleus juga akan diperkasakan sebagai sekolah yang melaksanakan P&P abad ke-21. Bagi merealisasikan hasrat ini, usahasama hendaklah diwujudkan antara PKKB dan sekolah Nukleus.
Penasihat : Pengarah PKKB IPGK
Pengerusi : Timbalan Pengarah IPGK
Naib pengerusi : Pengetua/ GB Sekolah Nukleus
Setiausaha : Penyelaras PKKB (IPGK)
Pen. Setiausaha : Lantikan dari PKKB IPGK
AJK : Wakil PKKB IPGK (Sekolah Nukleus)
Wakil Sekolah Nukleus
Wakil JPN
Wakil PPD
SISC+ (School Improvement Specialist Coach Plus) Sekolah Nukleus
SIP+ (School Improvement Partner Plus) Sekolah Nukleus
IPGM perlu mengadakan mesyuarat dengan Jawatankuasa Induk Sekolah Nukleus sekurang-kurangmya sekali setahun serta melantik Jawatankuasa Pemantauan Sekolah Nukleus bagi memastikan aktiviti Sekolah Nukleus selaras dengan tujuan penubuhan.
IPGM juga perlu menyediakan Laporan Sekolah Nukleus (Jun dan November) di samping mengurus keperluan peruntukan PKKB dan Sekolah Nukleus.
IPG Kampus bertanggungjawab melatih dan membimbing guru-guru Sekolah Nukleus mengenai KBAT dan P&P abad ke-21 dan pelaksanaannya di bilik darjah. IPGK juga perlu menyelaras aktiviti pembudayaan KBAT dan P&P abad ke- 21 antara IPGK dan Sekolah Nukleus serta menyediakan Perancangan Tahunan aktiviti Sekolah Nukleus bersama pihak sekolah.
IPG Kampus juga dikehendaki menyediakan laporan aktiviti Sekolah Nukleus kepada IPGM 2 kali setahun (Jun dan November) dan membuat permohonan peruntukan kewangan untuk aktiviti Sekolah Nukleus.
Sekolah
Mewujudkan Jawatankuasa Sekolah Nukleus peringkat sekolah
Bekerjasama dengan IPGK PKKB dalam melaksanakan aktiviti Sekolah Nukleus yang dirancang
Berkolaboratif dengan IPGK PKKB ke arah menjadikan Sekolah Nukleus model sekolah rendah dan sekolah menengah negara dalam aspek pedagogi kemahiran berfikir.
JPN &PPD
Memberi khidmat nasihat kepada Jawatankuasa Pengoperasian Sekolah Nukleus IPGK
Menghadiri Mesyarat Jawatankuasa Pengoperasian Sekolah Nukleus IPGK
Memberi sokongan pelaksanaan aktiviti Sekolah Nukleus dari semasa ke semasa
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada portal ini.
Hak Cipta Terpelihara@2014 - IPG KAMPUS ILMU KHAS
Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan portal ini dalam apa juga bentuk dan cara sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas.