Pendidikan Abad Ke 21

Pendidikan Abad 21 berlandaskan kepada elemen yang terkandung dalam 4C iaitu Critikal Thinking and Problem Solving, Communication, Collaboration dan Creativity. 4C lebih menekankan bakat dan potensi pelajar supaya diasah secara kreatif dan inovatif.   Antara 4C yang menjadi elemen Pendidikan Abad Ke 21 adalah;

Communication (Komunikasi) –Murid perlu digalakkan berkomunikasi di dalam kelas bagi menunjukkan mereka faham terhadap apa yang dipelajari serta bersedia untuk berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan.  Perkongsian ini akan mencambah minda murid apabila kombinasi berfikir dan berkomunikasi dapat memberi pemahaman terhadap pengetahuan.  Pembentangan menggunakan pelbagai media menunjukkan kreativiti mereka.

Collaboration (Kolaborasi) – murid perlu digalakkan berkolaborasi dalam pembelajaran menerusi aktiviti berkumpulan atau berpasangan bagi menggalakkan percambahan idea, bertukar maklumat dan memberi idea terhadap penyelesaian masalah.

Critical Thinking (Kemahiran Kritis) – Kemahiran Kritis merupakan kemampuan untuk memahami  masalah yang sukar dan dapat menghubungkait pelbagai perspektif sehingga dapat mencari kaedah penyelesaiannya.  Kemahiran ini juga membimbing murid mengenalpasti masalah dengan menggunakan teknik penyoalan untuk memahami sesuatu keadaan

Creativity (kreativiti) – Kreativiti boleh dilihat bermula dari pendekatan guru dalam pengajaran dan pembelajaran.  Apakah unsur kreativiti yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajarannya.  Adakah mereka kreatif pada bahan bantu mengajar atau kreatif membina soalan sehingga mampu menjana pemikiran kreatif dalam kalangan murid.

21st-Century-Skills-4-Cs-graphic
Konsep 4C dalam Pembelajaran Abad 21 (PAK21) 

Sumber imej : http://www.utusan.com.my/pendidikan/kampus/transformasi-minda-4c-abad-ke-21

oleh Hazimah Hj Samin