Khidmat Bantu Sekolah Nukleus 2017

IPGKIK telah menyusun latihan Kemahiran Berfikir dalam PdP untuk guru-guru sekolah Nukleus  sepanjang bulan Mac dan April 2017.  Pendedahan terhadap Pendidikan Abad Ke-21, teknik penyoalan, iTHINK, Cort,HOM dan 6 Thinking Hats akan disalurkan kepada guru-guru sekolah berkenaan sebagai usaha pemantapan elemen KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran.  Guru-guru yang terlibat terdiri daripada guru mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik, RBT juga Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Sekolah Nukleus terdiri daripada SK Cochrane Perkasa dan SK Sungai Lui.

JADUAL SG NUKLEUS