IPG KIK bertindak melaksanakan pelbagai kajian untuk melihat perkembangan usaha dan pemantapan KBAT di sekolah-sekolah. Hasil kajian ini akan menghasilkan maklumbalas serta penambahbaikan supaya KBAT dapat dijana dengan berkesan.
KAJIAN KESEDIAAN GURU MEMBINA ITEM KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)
Mohon kerjasama guru sekolah untuk menjawab soalan kajian yang dijalankan secara atas talian.
Sila Klik; soal selidikMaklumat responden adalah sulit.
Penyelidik atau pihak sekolah boleh menggunakan instrumen yang digunapakai bagi menilai pelaksanaan KBAT di sekolah. Jadikan ia sebagai panduan untuk melengkapkan siswa guru atau pelajar dengan pengetahuan KBAT
Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan
TUJUAN:
Instrumen ini adalah untuk diguna pakai oleh sekolah bagi mengukur tahap pembudayaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan.
OBJEKTIF:
1. Mencerap status pelaksanaan KBAT dalam Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan.
2. Menilai pelaksanaan KBAT dalam Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan.
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada portal ini.
Hak Cipta Terpelihara@2014 - IPG KAMPUS ILMU KHAS
Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan portal ini dalam apa juga bentuk dan cara sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas.