Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC)

Mencapai aspirasi pendidikan nasional adalah satu cabaran yang dihadapi oleh guru kerana pengetahuan pelajar terhadap pengetahuan melebihi pengetahuan guru apabila teknologi membuka ruang ilmu tanpa sempadan untuk diterokai oleh pelajar.  Oleh itu cabaran utama guru-guru masa kini adalah memastikan keberhasilan mendidik pelajar cemerlang yang mempunyai pemikiran kreatif  kepada satu standard kualiti yang lebih progresif serta kreatif pada aras yang lebih tinggi. Cabaran ini boleh dilaksanakan dengan paduan kerjasama jitu dalam kalangan guru menerusi konsep  Komuniti Pembelajaran Profesional.

Komuniti Pembelajaran Profesional atau Professional Learning Community (PLC) yang diperkenalkan merupakan kaedah untuk mempertingkatkan cara pengajaran guru di samping meningkatkan kemahiran pengetahuan mendidik.  PLC menggalakkan perbincangan, kajian, bekerjasama, pertukaran kepakaran serta melakukan dialog profesional untuk berkongsi maklumat, kaedah, teknik, pedagogi, serta berkongsi kemahiran teknologi.

Perkongsian pengalaman terhadap pengajaran ini akan dapat memantapkan kepakaran guru melahirkan pelajar yang lebih cemerlang. Perkongsian pengalaman pengajaran, serta pemantapan kepakaran mereka akan mencapai aspirasi pendidikan nasional iaitu melahirkan pelajar cemerlang.  Secara langsung, PLC memberi pendedahan terhadap kaedah pembelajaran murid, melihat bagaimana mereka berkolaboratif, berkongsi pengalaman pembelajaran di samping memantapkan kepakaran yang terdapat dalam diri seorang pelajar cemerlang.

PLC turut menjadi ruang perbincangan, berkongsi idea kepakaran di samping  berkongsi pengalaman dan bahan bantu pengajaran.Ppertemuan dan perbincangan akan sentiasa berlaku apabila ia dikendalikan oleh ketua panitia (Middle Leader) yang diwujudkan bagi menggerakkan perjalanan PLC juga menjadi perantara bagi guru dengan pentadbir.  Dalam sesi perjumpaan guru boleh meluahkan masalah yang dihadapi kepada ahli kumpulan bagi mendapatkan pandangan atau nasihat penyelesaian masalah.

Dalam PLC juga menekankan sesi  “New Learning” bagi menggalakkan perbincangan kaedah pengajaran baru yang perlu dicapai dan dipraktikkan dalam pengajaran menggunakan kemahiran menyoal, pembelajaran kolaboratif, mentafsir dan menilai hasil pembelajaran termasuklah kemahiran mengawal emosi. Ini adalah di antara kemahiran yang perlu dikuasai bagi melaksanakan PLC. Kemahiran ini juga menjadi asas perancangan proses pengajaran yang perlu dikuasai oleh guru.

Pelaksanaan PLC juga mampu membina hubungan kerja yang akrab dan profesional  kerana konsep PLC menggalakkan guru-guru berinteraksi dan berkomunikasi dengan lebih produktif.  Amalan ini memberi kesan positif ke atas pencapaian pelajar berasaskan pembinaan modal insan yang kuat. Interaksi yang positif serta amalan pengajaran dam pembelajaran yang baik secara tidak langsung memberi kesan terhadap perubahan budaya yang positif, mengurangkan pengasingan guru, peningkatan aktiviti rakan sebaya, peningkatan pengetahuan kandungan, strategi pengajaran serta mampu mencapai tahap kepuasan kerja yang lebih tinggi di samping memberi penghargaan kepada guru yang akan sentiasa merasai kewujudannya.

PLC juga diyakini mampu meningkatkan tahap keyakinan diri dan kesedaran guru dalam memenuhi keperluan pembelajaran pelajar serta memantapkan profesionalisme keguruan (Oleh Hazimah_jtp)

Klik info di bawah;