Peta Buih Berganda

Peta Buih menyenaraikan persamaan dan perbezaan antara dua perkara atau idea supaya dapat membezakan kedua-duanya dengan membanding dan membeza.  Sebagai guru, ajukan soalan yang jelas.  Contohnya.

  1.  Nyatakan perbezaan dan persamaan antara cempedak dan nangka
  2.  Hasilkan satu perbandingan tentng kapal terbang dengan  helikopter
  3.  Apakah perbezaan antara kipas angin dengan penyaman udara

Sebagai contoh, jika mahu membandingkan kapal terbang dan helikopter, senaraikan persamaan antara kedua-dua jenis sistem pengangkutan tersebut dalam bulatan-bulatan di tengah manakala perbezaan pula disenaraikan di dalam bulatan-bulatan yang berada di luar.

Proses Berfikir = Membanding Beza
Peta Pemikiran = Peta Buih Berganda

3._Double_Bubble_Map   Bubble Map

Resos :  http://www.ithink.org.my/BmHome/Page/ThinkingMapsDemo

Peta Buih Berganda

Proses Berfikir

Peta buih berganda berupaya melihat persamaan dan perbezaan sesuatu perkara yang hampir sama kategori atau ciri-cirinya.

Soalan Utama: 

Bagaimana murid/ pelajar melihat persamaan dan perbezaan terhadap sesuatu perkara ?