Peta Buih (Bubble Map)

Peta Buih melibatkan  proses berfikit untuk memberi penerangan sesuatu idea dengan menggunakan kata atau frasa adjektif yang bersesuaian.  Oleh itu, peta pemikiran yang sesuai digunakan adalah menggunakan Peta Buih.  Peta Buih membantu menerangkan idea murid dengan menyenaraikan  maklumat supaya boleh menerang dan mudah memahami sesuatu idea dengan lebih baik.  Sebagai contoh, jika mahu memahami tumbuhan dengan lebih baik, senaraikan kata adjektif yang menerangkan tumbuhan berkenaan dalam bulatan-bulatan yang berada di sekitar.  Oleh itu, Peta Buih sesuai digunakan bagi menjelaskan sifat sesuatu perkara  dengan menggunakan kata adjektif  atau  kata sifat!

Apakah cara untuk memberi pemahaman kepada pelajar tentang  tumbuhan menjalar dengan lebih jelas, baik dan berkesan?  Cuba anda adakan aktiviti dengan menyenaraikan kata adjektif (sifat, ciri, bentuk) tumbuhan berkenaan dalam bulatan yang disediakan atau mengikut format peta buih seperti di bawah.

bubble  Bubble Map

Resos :  http://www.ithink.org.my/BmHome/Page/ThinkingMapsDemo

Proses Berfikir (Thinking Process):

Menerangkan kualiti personaliti sesuatu perkara.

Peta Buih berguna untuk membangunkan perbendaharaan kata, membezakan fakta daripada fiksyen dan menilai.