KURSUS PEMANTAPAN JU MUDA IPGKIK 2017

  • 1
  • 22
  • 31
  • 41
  • 52
  • 6
  • 7
  • 8
  • 91
  • 101
  • 11

Pengenalan

Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan unsur-unsur KBAT dan peta  i-THINK kepada semua JU Muda KBAT IPGKIK 2017 dalam teknik penggubalan soalan KBAT mengikut aras Taxonomi. Dengan itu, mereka bersedia melatih mahasiswa guru IPG Kampus Ilmu Khas yang lain dalam penggubalan soalan berunsur KBAT dalam matapelajaran yang diajar semasa mereka berkhidmat di sekolah pada masa hadapan.

Maklumat Umum

Kursus ini telah dilaksanakan dengan jayanya mengikut butiran berikut:

            Tarikh              :           25 Februari 2017 (Sabtu)

            Masa               :           8.00 pagi – 12.30 tgh hari

            Tempat            :           Dewan Kuliah IPGKIK

            Penceramah   :           Cik Grace Chang Siew Yeng

Fasilitator         :           1. En. Peter Ong (Jab. Pendidikan Muzik)

  1. Pn. Ching Ing Hoe (Jab Pendidikan Muzik)
  2. Pn. Anita Sapura bt Shaari (Jab. Pendidikan Khas)
  3. Pn Faridah Anum bt Abdul Wahid (Jab. Seni Visual)

            Peserta            :           25 Pelajar PISMP semester 2 dan semester 4

 

Pengisian Kursus

Kursus ini dijalankan mengikut spesifikasi JuruLatih Muda i-Think. Konsep KBAT dan lapan peta i-THINK telah diperkenalkan. Peta pemikiran  dan cara mengaplikasikan peta pemikiran juga telah dijelaskan. Dengan teori dan amali serta latihan intensif yang telah dilaksanakan, peserta juga dinilai melalui penghasilan soalan-soalan KBAT mengikut aras Taxonomi Bloom dan melengkapkan tugasan yang diberi.