KURSUS ORIENTASI JURULATIH MUDA (JU) KBAT IPG KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR 2016
PENDAHULUAN
Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) merupakan keupayaan untuk mengaplikasi pengetahuan kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. Pendekatan PdP KBAT yang efektif perlu menggunakan pelbagai alat berfikir dan penyoalan aras tinggi. KBAT di bilik darjah boleh diperkukuhkan melalui program I THINK. Program I THINK merupakan satu program untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam proses PdP ke arah menghasilkan murid berfikiran kreatif dan kritis.
Sejajar dengan itu Biro JU Muda KBAT IPG Kampus Ilmu khas telah mengorak langkah kearah matlamat tersebut dengan melatih mahasiswa guru sebagai JU Muda KBAT dalam menyahut seruan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam melahirkan murid-murid yang berfikiran kreatif dan kritis. Oleh itu Kursus Orientasi Pelapis JU Muda KBAT telah dilaksanakan untuk melahirkan mahasiswa guru yang mampu mampu untuk melakukan inovasi serta boleh menghubung kait pelbagai pengetahuan dan mewujudkan pengetahuan baru.
Kursus ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada siswa guru berkongsi ilmu dan maklumat yang relevan serta amalan kreatif dan inovatif dalam bilik darjah dan menyebarluas pengetahuan Kbat kepada warga siswa guru di zon yang berkenaan. Pengalaman perkongsian ilmu dan inovasi ini diharap dapat digunakan oleh mereka untuk menambahbaik amalan pedagogi mereka untuk diaplikasikan di sekolah.
OBJEKTIF PROGRAM
- Menggalakkan jaringan perkongsian pengetahuan dan amalan melewati amalan pedagogi terkini antara JU Muda IPG Kampus.
- Memberi pendedahan strategi dalam Pengajaran dan Pembelajaran dengan menerapkan elemen KBAT.
- Malahirkan ramai JU Muda sebagai pemangkin kepada penyebarluasan amalan Kbat dalam pengajaran dan pembelajaran siswa guru.
- Memupuk budaya untuk mengamalkan strategi transformasi dalam kalangan siswa guru bagi memenuhi aspirasi pelajar dalam PPPM.
- Mengorak langkah kearah pendidikan berkualiti yang membudayakan amalan pendidikan abad ke 21.
PELAKSANAAN PROGRAM
Kursus Orientasi Pelapis JU Muda KBAT telah dilaksankan pada 27 Februari 2016 di Dewan Dato’ Razali Ismail , IPG Kampus Ilmu Khas. Kursus Ini disertai oleh seramai 28 orang peserta yang terdiri daripada siswa guru Program Pra PISMP dan PISMP Yang telah dicalonkan oleh para mentor. Kursus ini dilaksanakan oleh Biro Jurulatih Muda KBAT IPG Kampus Ilmu Khas dengan kerjasama 10 orang jurulatih muda yang telah ditauliahkan dengan watikah pelantikan sebagai fasilitator KBAT serta 5 Orang Urusetia Program.
Di antara aktiviti-aktiviti dilaksanakan adalah bengkel, kerja dalam kumpulan, pembentangan kumpulan dan sebagainya. Kesemua aktiviti adalah memberi kemahiran kepada bakal JU Muda KBAT IPG Kampus Ilmu Khas tentang penerapan elemen KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran melalui instrumen pemikiran i-THINK dan teknik penyoalan KBAT.
JAWATANKUASA INDUK:
Penasihat : Dr. Roziah binti Abdullah (Pengarah IPGKIK)
Pengerusi : Dr. Norherani Moning (Timbalan Pengarah IPGKIK)
Pengurus Projek : Pn. Norzamziah binti Abdullah (Penyelaras KBAT
IPGKIK)
Penolong Pengurus Projek : Cik Ong Siow Kim
Setiausaha : Pn Faridah Hanum binti Abdul Wahid
JAWATANKUASA KURSUS ORIENTASI PELAPIS JU MUDA KBAT IPGKIK
Bil. | Nama Pensyarah | Jawatan |
1 | ONG SIOW KIM | Ketua Biro JU MUDA |
2 | FARIDAH ANUM BINTI ABDUL WAHID | Setiausaha Biro JU MUDA |
3 | ONG ENG SING@PETER ONG | AJK Biro JU MUDA |
4 | ANITA SAPURA BINTI SHAARI | AJK Biro JU MUDA |
5 | HOH AN NUI | AJK Biro JU MUDA |
6 | MOHD SABRINORDIN B MOHD. YUSOFF | AJK Biro JU MUDA |
URUSETIA KURSUS ORIENTASI PELAPIS JU MUDA KBAT IPGKIK
Bil | NAMA | JAWATAN |
1 | NURUL SALIKIN BT ABDUL AZIZ | URUSETIA |
2 | NURUL FARHANA BT KHAMSHIRUDDIN | URUSETIA |
3 | WAN NUR AZYYATI W MOHD ZULKIFLI | URUSETIA |
4 | MOHAMAD EIZLAN BIN ABDUL MANAN | URUSETIA |
5 | MOHAMAD SAFIQ BIN BAHARUDIN | URUSETIA |
FASILITATOR KURSUS ORIENTASI PELAPIS JU MUDA KBAT IPGKIK
Bil | Nama Pelajar | Kumpulan | Jawatan |
1 | NUR SYAHIRAH BINTI ABDUL MAJID | G 2.1 | FASILITATOR |
2 | MOHAMMAD BIN ABDUL RAHMAN | G 2.2 | FASILITATOR |
3 | FATHIAH NUR ZAHIDAH MOHD FAZIL | J 2.1 | FASILITATOR |
4 | NURUL IMANIAH BINTI ABDUL NASIR | J2.2 | FASILITATOR |
5 | MOHD NOOR AZHAR B. MARZUKHI | G 2.6 | FASILITATOR |
6 | MUHAMMAD HAZIM BIN MISWAN | G 2.8 | FASILITATOR |
7 | AMEERA HUDA BINTI MOHAMED AMIR | G 4.1 | FASILITATOR |
8 | NUR SYAMIMI NABIHAH BT MUD SHUKRI | G 3.1 | FASILITATOR |
9 | HAIFA HANNANI BINTI HAMSA | G 3.2 | FASILITATOR |
10 | AIDATUL FATINAH BT SALIM | G 3.1 | FASILITATOR |
PESERTA KURSUS ORIENTASI PELAPIS JU MUDA KBAT IPGKIK
BIL | NAMA | KUMPULAN | OPSYEN |
1 | MUHAMMAD AIZAT HARIZ BIN IBRAHIM | J2.2 | PK PD |
2 | NUR HUDA BINTI IDRIS | J2.2 | PK PD |
3 | SHAFIQ BIN SYED AFZARIZAL | J2.4 | MUZ |
4 | NORFATIN NADZIRAH BINTI HAMIDI | J2.4 | MUZ |
5 | ABDUL MOHD HAFIZ BIN ABDUL HAMAN | J2.5 | PJK |
6 | HAWARI BIN HANAFI | J2.5 | PJK |
7 | AG IRWANDY AG DAMIT | J 2.1 | PK PD |
8 | NURUL HANANI BINTI MOHAMAD KAMAL | J2.6 | PJK |
9 | NURUL NABIHA HUMAIRAH BINTI YAHYA | J2.6 | PJK |
10 | AIMI AQILAH BINTI MOHD JEFRI | J2.7 | PSV |
11 | LYNDA LYANA BINTI ABU HASSAN AZAHARI | J2.7 | PSV |
12 | SITI NUR AISAH BINTI MAZELAN | J2.7 | PSV |
13 | NURFARHANI BINTI NOO MOHAMED | J2.7 | PSV |
14 | GAN POH XIAN | G2.8 | TESL |
15 | MANISHA VALLI A/P GANASON | G2.8 | TESL |
16 | NUR SAFIZA BT SHAFIE | J2.7 | PSV |
17 | HILMANUDDIN B ABDULLAH | G 2.4 | MZ |
18 | ABDUL HAFIZ B MUSTAFA | G 2.4 | MZ |
19 | AHMAD AZHAN FAHMI BIN RAMLI | J 2.1 | PK PD |
20 | FATIN NUR SYAHIRAH BT MOHD NAJIB | J 2.1 | PK PD |
21 | AINA SORAYA BINTI NADZRI | J 2.8 | TESL |
22 | NUR FADHLIN BINTI KAMARUDDIN | J 2.8 | TESL |
23 | AINUL HIDAYAH BT MOHD KAMAL | J 2.3 | PK PL |
24 | NUR SHAHRANI BT SHAHRUDIN | J 2.9 | TESL |
25 | KHAIRUNNISA HAKIMAH BT KAMAL | J 2.9 | TESL |
26 | SHARULATHA NERU | G2.8 | TESL |
27 | NURUL SYAFINAH BT AMANULLAH | J 2.7 | PSV |
28 | MUHAMMAD NOORDIN BIN ABDUL DIN | J 2.3 | PKL |
TENTATIF KURSUS ORIENTASI PELAPIS JU MUDA KBAT IPGKIK
TARIKH : 27 FEBRUARI 2016 (SABTU)
TEMPAT : DEWAN DATO’ RAZALI ISMAIL, IPGKIK
TARIKH / MASA | 8.00 – 10.00 PG | 10.00 – 10.30 PAGI | 10.30 – 12.30 TENGAHARI | 12.30 – 2.30 PETANG | 2.30 – 4.30 PETANG | |
8.00 – 8.30 PAGI | 8.30 – 10.00 PAGI | |||||
27 Februari 2016 (Sabtu) | 1. Taklimat 2. Soal selidik sebelum kursus | 1. Konsep i-THINK dan 8 peta pemikiran i-THINK |
REHAT | 1. Konsep KBAT dalam P&P 2. Pengenalan elemen KBAT dalam P&P |
REHAT | 1. Teknik penyoalan peta pemikiran 2. Pembentangan dan refleksi 3. Soal selidik selepas kursus |
Penutup
Kursus Orientasi Pelapis JU Muda KBAT merupakan kursus bagi melahirkan ramai JU Muda KBAT di IPG Kampus Ilmu Khas. Kursus ini memberi penekanan kepada kemahiran dalam memahami konsep KBAT dalam PdP. Penerapan elemen KBAT dalam PdP amatlah digalakan agar sesuatu pengajaran menjadi lebih menarik dan menyeronokkan serta menggalakkan pelajar berfikir di luar kotak. Penerapan Elemen KBAT dalam kursus ini secara tidak langsung memberi suatu pengalaman baru kepada peserta pelapis JU Muda KBAT iaitu sebagai permulaan dalam mengorak langkah dalam membuat penyebaran luas mengenai KBAT khususnya dalam kalangan warga IPG Kampus Ilmu Khas.
Selain daripada itu juga kursus ini juga memberi penekanan kepada bakal JU Muda KBAT yang merupakan salah satu jentera utama penggerak Pusat Kecemerlangan Berfikir Aras Tinggi IPG Kampus Ilmu Khas. Diharap kursus seperti ini perlu dilaksanakan lagi agar proses penyebar luas dan pencairan maklumat mengenai KBAT berlaku khususnya dalam kalangan warga IPG Kampus Ilmu Khas.