JU Muda KBAT kendali Program Thinking Kit@HOTs SPOT

Program Thinking Kit@HOTs SPOT oleh JU Muda KBAT di jalankan pada setiap hari Rabu mulai Jam 10 hingga 11 pagi di hadapan perpustakaan IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur.

Program ini merupakan program mingguan yang dijalankan  sepanjang tahun sebagai salah satu dari inisiatif dalam membudayakan KBAT dalam kalangan komuniti akademik. Program ini juga memberi peluang kepada JU Muda KBAT untuk aplikasi teori ke praktis di mana mereka akan berkongsi maklumat tentang alat pemikiran yang membantu dalam merangsang pemikiran kritis dan kreatif khususnya dalam PdPc.

Jom belajar untuk jadi KBAT.  Terbuka kepada warga kampus, pelajar sekolah dan guru-guru sekitar.

Hubungi JK PKKB untuk maklumat lanjut.

booth