IPG Jelajah PPD Kunak Sabah Latih Guru Pendidikan Islam Mengenali KBAT dan Pembelajaran Alaf Ke-21
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Pendidikan Islam
25 OKT 2016 – Seramai 35 guru Pendidikan Islam sekolah menengah dan rendah telah menyertai Kursus Peningkatan Profesional selama dua hari di PPD Kunak Sabah. Kursus ini memberi pendedahan kepada guru Pendidikan Islam terhadap pengaplikasian pedagogi Iqra’ , mengguna dan mempraktikkan KBAT dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran. Kandungan kursus juga diselaraskan dengan kaedah pembelajaran abad ke-21 untuk mereka merancang dan mengaplikasi dalam PdP Pendidikan Islam di sekolah.
Kursus ini dikendalikan oleh enam tenaga pengajar yang terdiri daripada pensyarah IPG Kampus Ilmu Khas, IPG Kampus Bahasa Melayu dan juga guru daripada SMK Cheras. Antaranya, En Muaaz Muhammad, Mohd. ‘Asri Bin Abd. Rahman, Nurul Huda Mohd Bisri, Norhayati Bt Mohd Yatim, Zaiton Bt Mat Deris dan Sharin Hanum Bt Ab Rahman.
IPGKIK dan IPGKBA Bantu IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan Latih Fasilitator KBAT
Kursus Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
19 OKT 2016 – IPGKIK dan IPGKBA bergabung berkongsi kepakaran melaksanakan Kursus Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bagi menambah kepakaran dalam kalangan pensyarah IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA). Perkongsian kepakaran, maklumat dan kaedah ini dapat membantu institusi latihan keguruan menambah bilangan fasilitator KBAT dan seterusnya menjana pelaksanaan KBAT dengan lebih luas di sekolah-sekolah.
Kursus yang diadakan selama tiga hari ini telah melahirkan fasilitator KBAT dalam pelbagai bidang. Secara langsung dapat mengembangkan pelaksanaan KBAT dalam kalangan siswa guru di setiap IPG seluruh Malaysia. Kursus ini berlangsung selama tiga hari dan diadakan menggunakan premis Institut Kemajuan Desa (INFRA) Kajang, Selangor.
Antara penceramah yang terlibat adalah terdiri daripada Muaaz Muhammad, Dr. Ramesh Rao A/L Ramanaidu, Dr. Siti Rosni Mohamad Yusoff dan Dr. Faridah Hanim Yahya.
Cetusan KBAT Dalam Amalan Harian Staf Bukan Akademik
KBAT dalam Amalan Harian Staf Bukan Akademik
10 OKT 2016 – Konsep KBAT terus diperkenalkan sebagai elemen yang perlu diamalkan dalam tugasan harian Staf Bukan Akademik IPGKIK. Kursus ini secara langsung dapat memberi pendedahan kepada mereka mengenali beberapa alat berfikir, strategi dan kaedah bagi meningkatkan kemahiran berfikir di samping tahu mengaplikasi elemen KBAT dalam tugasan dan pekerjaan harian.
Seramai 20 peserta kursus ini turut menghasilkan perancangan, proses pelaksanaan, serta melakukan penilaian tugasan mereka mengikut elemen KBAT. Penceramah adalah terdiri daripada Dr. Mohd Khamdani bin Sairi, Dr. Zahiah Binti Haris @ Harith, Sallehuddin Zakaria dan Woo Shiow Ling.
Selaraskan Aktiviti Program Khas Sekolah Nukleus Tingkatkan Perancangan 2017
13 OKT 2016 – IPGKIK telah melakukan penyelarasan terhadap Program Khas Sekolah Nukleus PKKB. Penyelarasan ini dilakukan dalam satu perbincangan antara Guru Besar, Penyelaras Pogram KBAT SK Cochrane Perkasa, SK Sg Lui ,PPD, JPWPKL dan AJK PKKB.
IPGKIK turut melapor aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2016 serta membincangkan perancangan aktiviti tahun 2017, isu dan cabaran yang dihadapi dalam menjana KBAT.
Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah IPGKIK Dr Norherani Moning. PKKB IPGKIK turut menyumbangkan bahan PdP KBAT kepada kedua-dua Sekolah Nukleus.
Bengkel KBAT Tambah Kepakaran Pensyarah IPG Kampus Islam
11 OGOS 2016 – Seramai 25 peserta Bengkel KBAT diberi pendedahan terhadap kaedah pelaksanaan KBAT dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Bengkel ini dilaksanakan dengan melakukan simulasi Pengajaran dan Pembelajaran KBAT, berkongsi idea dan bergabung pakaran bagi memantapkan penghasilan Kerja Kursus yang mempunyai nilai KBAT yang tinggi. Bengkel diadakan di IPG Kampus Pendidikan Islam dan penceramah terdiri daripada Norulazilah Md Nordin dan Norliza Jaafar, pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan IPGKIK.
Pemantapan KBAT Dalam Pendidikan Islam
29 OGOS 2016 – Pendedahan berterusan terhadap KBAT telah dilaksanakan bagi menjelaskan elemen pelaksanaan KBAT dalam Pendidikan Islam dan TITAS. Seramai 11 pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu dan Kampus Bahasa Antarabangsa terlibat sebagai peserta kursus yang berlangsung di IPG Kampus Bahasa Melayu.
Kursus ini turut merangka elemen KBAT dalam rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam dan TITAS, menghasilkan contoh soalan peperiksaan yang memenuhi ciri-ciri item KBAT dalam pentaksiran. Selain itu, usaha mengenalpasti pelaksanaan elemen KBAT dalam Pendidikan Islam di sekolah pada masa kini turut dibincangkan oleh penceramah Ustaz Muaaz bin Muhammad.
Penerapan elemen KBAT – Pentaksiran Soalan Bahagian Matrikulasi
5 OGOS 2016 – Pelaksanaan KBAT di sekolah turut menarik minat Bahagian Matrikulasi Putrajaya untuk menilai kesesuaian item soalan kursus yang ditawarkan oleh institusi berkenaan selaras dengan dasar penerapan elemen KBAT dalam aspek pendidikan.
Perbincangan dan penilaian ini diadakan sempena Kursus Penerapan elemen KBAT dalam Pentaksiran Soalan Bahagian Matrikulasi selama dua hari di Bahagian Matrikulasi Putrajaya. Kursus ini turut mencadangkan cara menggubal, menaksir dan menyediakan jawapan soalan KBAT serta menilai item soalan Bahagian Matrikulasi. Selain itu, penceramah turut cadangan bentuk P&P yang sesuai dan efektif untuk membudayakan elemen KBAT selaras dengan peranan mana-mana organisasi ke arah memartabatkan sistem pendidikan di negara kita.
Tahniah kepada penceramah IPGKIK yang berperanan sebagai Pusat Kecemerlangan Kemahiran Berfikir (PKKB).
PKKB IPGKIK Mengorak Langkah Menyebarluas Amalan KBAT – Tambah Jurulatih Muda 2017
20 JANUARI – Pusat Kecemerlangan Kemahiran Berfikir Zon Tengah iaitu IPG Kampus Ilmu Khas terus mengorak langkah menyebarluas amalan KBAT dengan melatih Jurulatih Muda yang terdiri daripada siswa guru Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Ambilan Januari 2017.
Seramai 18 siswa guru menyertai kursus KBAT dan program i-THINK yang dijalankan bagi mendapat pendedahan terhadap pengaplikasian peta pemikiran i-THINK dalam pengajaran guru bagi meningkatkan tahap pemikiran aras tinggi murid.
Selain itu, pendedahan terhadap amalan kreatif dan inovatif membantu siswa guru mencapai kemahiran berfikir aras tinggi, melakukan inovasi serta boleh menghubung kait pelbagai pengetahuan mewujudkan pengetahuan baru. Hal ini memberi nilai tambah kepada pengajaran seterusnya meningkatkan pencapaian KBAT mengikut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).
Penceramah terdiri daripada Peter Ong (Jabatan Pendidikan Muzik) dan Anita Sapura binti Shaari (Jabatan Pendidikan Khas) dan Luqman Hakim Harun (Jabatan Sains Sukan). Turut serta Timbalan Pengarah IPGKIK Dr Herani Moning yang membuat rumusan kursus.